Semua Yang Anda Perlu
Sebelum Daftar PSV.
Semak syarat kelayakan dan sediakan dokumen terlebih dahulu supaya proses pendaftaran PSV anda lebih mudah dan lancar.
Pastikan Anda
Memenuhi Syarat Ini.
Sebelum menyediakan dokumen, semak dahulu sama ada anda memenuhi syarat asas untuk permohonan PSV.
Lesen Memandu CDL
Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah.
21 Tahun & Ke Atas
Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
Warganegara / Penduduk Tetap
Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap yang memenuhi syarat.
Tiada Senarai Hitam
Tiada saman atau senarai hitam JPJ / POLIS.
Lulus Saringan Kesihatan
Pemohon perlu melepasi pemeriksaan kesihatan yang diperlukan.
Boleh Membaca & Menulis
Mempunyai kemahiran asas membaca dan menulis.
Dokumen Yang Perlu
Anda Sediakan.
Pastikan dokumen lengkap, jelas dan maklumat boleh dibaca sebelum anda meneruskan pendaftaran PSV.
Tip: Simpan semua dokumen dalam satu folder supaya lebih mudah semasa pendaftaran.
Pastikan Semua Lengkap
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Kad Pengenalan pemohon.
Salinan Lesen Memandu
Salinan lesen memandu yang masih sah.
1 Keping Gambar
Gambar pemohon berlatar belakang putih.
Borang JPJL8A
Borang lengkap yang telah disahkan oleh doktor.
Resit Rasmi Klinik
Simpan resit rasmi pemeriksaan daripada klinik.
Sebelum Anda Teruskan.
Ambil masa seminit untuk pastikan semua perkara penting sudah tersedia.
Syarat Dipenuhi
Pastikan anda memenuhi semua syarat kelayakan PSV.
Dokumen Lengkap
Pastikan semua dokumen yang diperlukan telah tersedia.
Maklumat Jelas
Pastikan gambar dan salinan dokumen boleh dibaca dengan jelas.
Teruskan Pendaftaran
PSV Anda.
Jika syarat dan dokumen anda sudah lengkap, anda boleh teruskan ke halaman pendaftaran PSV.