PEMBATALAN EVP
Pembatalan EVP
E-Hailing Vehicle Permit (EVP)
Apabila pemandu ingin berhenti/keluar daripada platform atau menukar kenderaan e-hailing semasa mereka kepada kenderaan lain/kenderaan baharu, pemandu perlu membatalkan EVP sedia ada mereka.
Situasi
Situasi Untuk Membatalkan EVP:
Mengubah kenderaan
Meletak jawatan sebagai rakan-pemandu Grab
Menghentikan perkhidmatan E-hailing
Jenis Pembatalan
Terdapat Dua Jenis Pembatalan EVP:
A
Pembatalan Sementara
- Tidak berminat memandu dengan Grab lagi.
- Menyewa kereta dengan pihak luar.
B
Pembatalan Kekal
- Umur kereta lebih daripada 15 tahun
- Pemilik kereta meninggal
- Perubahan dalam butir kenderaan
- Tidak lagi berminat untuk memandu sebagai pemandu E-Hailing (Penukaran ke kereta penggunaan peribadi)
Dokumen
Dokumen yang diperlukan untuk Pembatalan EVP:
01
Sijil Pemilikan Kenderaan / Geran Kereta
02
Surat kebenaran daripada pemilik (jika permohonan dibuat oleh pihak ketiga)
03
Surat Makluman Pembelian/Surat Lelong (jika permohonan dibuat oleh pihak ketiga)
04
Salinan IC pemilik (jika diperlukan)