PEMBATALAN EVP

Pembatalan EVP

E-Hailing Vehicle Permit (EVP)

Apabila pemandu ingin berhenti/keluar daripada platform atau menukar kenderaan e-hailing semasa mereka kepada kenderaan lain/kenderaan baharu, pemandu perlu membatalkan EVP sedia ada mereka.

Situasi Untuk Membatalkan EVP:

Mengubah kenderaan

Meletak jawatan sebagai rakan-pemandu Grab

Menghentikan perkhidmatan E-hailing

Terdapat Dua Jenis Pembatalan EVP:

A

Pembatalan Sementara

  • Tidak berminat memandu dengan Grab lagi.
  • Menyewa kereta dengan pihak luar.
B

Pembatalan Kekal

  • Umur kereta lebih daripada 15 tahun
  • Pemilik kereta meninggal
  • Perubahan dalam butir kenderaan
  • Tidak lagi berminat untuk memandu sebagai pemandu E-Hailing (Penukaran ke kereta penggunaan peribadi)

Dokumen yang diperlukan untuk Pembatalan EVP:

01

Sijil Pemilikan Kenderaan / Geran Kereta

02

Surat kebenaran daripada pemilik (jika permohonan dibuat oleh pihak ketiga)

03

Surat Makluman Pembelian/Surat Lelong (jika permohonan dibuat oleh pihak ketiga)

04

Salinan IC pemilik (jika diperlukan)

Scroll to Top